Jumaat, 26 Oktober 2018 - Majlis Penutupan Kursus Ketua Seksyen Gaji ABDB Bagi Tahun 2018 telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Abdul Mubin bin Timbang, Timbalan Pegawai Turus Logistik Institut Latihan ABDB.Dalam ucapan penutup beliau menyentuh hal ehwal pemedulian anggota-anggota dalam unit terutama setiap pembayaran yang dibuat supaya dapat dibayar dengan betul mengikut hak perseorangan seperti mana mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan melalui Buku Panduan Gaji.
Beliau juga berharap sebagai seorang Ketua Seksyen Gaji mempunyai tanggunjawab yang sangat besar, Sikap jujur dan amanah di dalam mengendalikan tugas adalah sikap yang perlu ada pada diri seorang ketua. Dengan adanya sifat-sifat yang beliau sebutkan tadi semoga ianya dapat dijalankan dengan jayanya serta mencapai ke matlamat yang di hasratkan.
