PENANJONG GARISON, JUMAAT 02 DISEMBER 2016 -  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menjalankan lagi Penutupan Kursus Ketua Kompeni, Platun Sarjan dan Penolong Ketua Seksyen bagi Tahun 2016 pada Hari Jumaat, 02 Disember 2016. Majlis Penutupan Kursus ini dirasmikan oleh Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Komandan Institut Latihan ABDB bertempat di Kompleks FIBUA IL ABDB.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih IL ABDB, Pemangku Pegawai Memerintah Sekolah Infantri IL ABDB, Pegawai-pegawai Jemputan dan jurulatih Sekolah Infantri. Sebelum Majlis dimulakan, Tetamu Kehormat dan jemputan yang hadir telah berkesempatan menyaksikan Persembahan Serangan FIBUA daripada Peserta-peserta Kursus iaitu Eksesais Pahlawan Mantap. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Ianya diikuti dengan penyampaian sijil-sijil dan ucapan daripada Komandan. Dalam ucapan beliau, antara lain , beliau mengucapkan syabas kepada 6 pegawai, 24 Ahli Kursus Platun Sarjan dan 42 Ahli Kursus Penolong Ketua Seksyen yang telah berjaya ini.
Penuntut terbaik keseluruhan bagi Kursus Ketua Kompeni disandang oleh Mej Ahmad Bohare bin Mansur, bagi Kursus Platun Sarjan adalah Kpl Azmin bin Othman dan bagi Kursus Penolong Ketua Seksyen jatuh pada Sld Fadzillah bin Abdullah. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pagawai dan anggota yang kompeten dan berkeyakinan tinggi dalam membuat keputusan yang tegas. Selain itu, ianya juga dapat mempraktikan kawalan dan perintah dengan yakin dalam perlaksanaan misi dalam semua spektrum operasi. Untuk memberkati majlis tersebut, Doa Selamat dibacakan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

ramai

seksyen belari 1

tuan faizin

menerima sijil