PENANJONG GARISON, JUMAAT 21 JANUARI 2022 – Majlis Penutupan kursus telah berlangsung secara maya bagi kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 3/2021 pada hari ini iaitu bagi seramai 35 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mejar Dyg Siti Nur ‘Afiqah binti Haji Awg Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan dari wakil peserta kursus dan diteruskan dengan Ucapan rasmi Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 3/2021 oleh Tetamu Kehormat majlis.
Kursus yang dijalankan selama dua (02) minggu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan tentang aspek-aspek kepimpinan selaras dengan transformasi daripada peringkat Soldadu ke rangkaian pemerintahan bawahan sebagai permulaan. Ianya juga bagi membentuk dan melatih PTB Rendah berpangkat Lans Koperal agar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin bawahan di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Di samping mendidik PTB Rendah berpangkat Lans Koperal yang berkualiti serta berkeupayaan dalam melaksanakan tugas dengan menerapkan potensi diri sebagai pemimpin yang berkeyakinan dengan berpandukan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan ciri-ciri kepimpinan.
