
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Dk Hjh Siti Noraishah binti Pg Hj Tajuddin, Pegawai Memerintah PE IL ABDB. Turut hadir ialah Sarjan Mejar Kawad IL ABDB, Sekolah Sarjan Mejar PE IL ABDB, guru-guru, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 50600 Kpl Mohammad Azrul bin Mazalan dan diteruskan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nissa ayat 58-59 diikuti dengan ucapan daripada Ketua Penuntut Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 01/2022 diikuti dengan
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil kepada peserta kursus yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat diikuti dengan ucapan dan penutupan rasmi kursus.
Senarai Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 21448 P/Kpl Nur Ramdiana binti Hj Abd Hamid. Manakala, Kertas Kerja Kumpulan Terbaik adalah daripada Sindiket 2 yang terdiri daripada 17011 P/Kpl Mohd Fadillah bin Aji, 18157 P/Kpl Mardy Sunardy bin Haji Awang Omar, 19273 P/Kpl Muhd Nur bin Md Ahris, 50336 P/Kpl Malik Fu’ad bin Haji Othman, 50177 P/Kpl Abdul Sakhawi bin Sani dan 21651 P/Kpl Siti Nurul Zariah binti Kahar dan Pembentangan Terbaik Kumpulan adalah daripada Sindiket 1 yang terdiri daripada 15529 P/Kpl Abdul Aziz bin Pungut, 17532 P/Kpl Pg Md Hadizul Fadli bin Pg Hamidon, 19126 P/Kpl Abd Alim bin Hj Asmat, 50546 P/Kpl Muhammad Khairul Azmi bin Hj Jalaihi dan 21535 P/Kpl Nurul Mahirah binti Masri.
Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta kursus Kepimpinan Koperal Siri 01/2022 kerana telah berjaya menamatkan kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis turut menyatakan hasrat peserta kursus untuk menyerapkan sikap kepimpinan yang berwawasan, berwibawa, bertanggungjawab dan yang berkesan serta menjana kepimpinan yang baik dan berkualiti.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.