Penanjong Garison, Jumaat, 14 Oktober 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2022 telah belangsung pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran/Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai jemputan daripada pelbagai unit ABDB, guru-guru, PTB-PTB Kanan dan jurulatih-jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.

Majlis diberkati dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 15521 PW2 (U) Mohammed Shahrin bin Hj Sarpudin dan diteruskan dengan bacaan Ayat Al-Quran, Surah Al-Maidah daripada ayat 08 hingga 11.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus Kepimpinan dan Pengurusan Sarjan Siri 01/2022. Majlis seterusnya diserikan dengan penyerahan sijil kepada peserta-peserta kursus, anugerah sijil terbaik dan sijil penghargaan kepada bantuan tenaga pengajar.

Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Penuntut Terbaik Penerbitan Esei Individu disandang oleh 15521 PW2 (U) Mohammed Shahrin bin Hj Sarpudin. Manakala, Anugerah Penuntut Terbaik Pembentangan Individu disandang oleh 13302 PW2 Pg Zainal Ariffin bin Pg Tejuddin dan Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 15307 PW2 Mohammad Deybat Shahrol Rizal bin Moksin.

Di samping itu, Anugerah Sindiket Terbaik Keseluruhan dan Anugerah Sindiket Teori disandang oleh Sindiket 5. Manakala, Anugerah Sindiket Terbaik Penerbitan Kertas Kerja dan Anugerah Sindiket Terbaik Pembentangan Kertas Kerja disandang oleh Sindiket 5A. Sehubungan dengan itu, Sindiket Terbaik Amali dirangkul oleh Sindiket 4.

Majlis seterusnya diserikan dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat yang menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 01/2022 kerana telah berjaya menamatkan kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyatakan kepentingan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan dalam mengasah dan membangun nilai dan ciri-ciri kepimpinan serta keperibadian sebagai seorang pemimpin berteraskan nilai-nilai teras ABDB agar menjadi seorang PTB Kanan yang berkebolehan, berkeupayaan, efisien dan kompeten untuk mentadbir dan memimpin anggota bawahan dibawah pimpinan masing-masing selaku tulang belakang kepada pihak atasan.

Di samping itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyeru akan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, jujur, profesional dan berintegriti serta berketerampilan yang tinggi agar menjadi tauladan kepada anggota-anggota yang dipimpin. Jesteru itu, Yang Mulia Tetamu Kehormat menyatakan hasrat beliau agar peserta-peserta kursus dapat memanfaat dan mengaplikasikan sepenuhnya dan sebaiknya ilmu yang telah diperolehi demi mencapai kearah kecermelangan.

Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian mengakhiri ucapannya dengan perasmian penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Siri 01/2022 diikuti dengan jamuan petang dan bacaan doa penutup. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenang-kenangan.

CLOSING CEREMONY

FOR WARRANT OFFICER LEADERSHIP AND MANAGEMENT COURSE

SERIAL 01/2022

Penanjong Garison, Friday, 14 October 2022 – The Closing Ceremony for Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 01/2022 was held this morning at Warrant Officer/ Staff Sargeant and Sargeant.

In attendance as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Commandant Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were senior officers, officers from various RBAF units, lecturers, Senior Non-Commissioned Officers and Leadership and Management Instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Yang Mulia 15521 PW2 (U) Mohammed Shahrin bin Hj Sarpudin followed by the recitation of Quran, Surah Al-Maidah from verse 08 to 11.

The occasion continued with the delivery of a speech from the representative of the course participants. The then event continued with the presentation of certificates to the course participants as well as the presentation of the Best Award and certificate of appreciation to assisting instructors.

Best Overall Student Award and Best Student in the Publication of Essay goes to 13925 WO2 (U) Mohammed Shahrin bin Hj Sarpudin. Whereas, Best Student in the Presentation of Essay goes to 13302 WO2 Pg Zainal Ariffin bin Pg Tejuddin and Best Student in Theory goes to 15307 WO2 Mohammad Deybat Shahrol Rizal bin Moksin.

Whilst also, Best Overall Syndicate and Best Syndicate in Theory goes to Syndicate 5 and Best Syndicate in the Publication and Presentation in Working Papers goes to Syndicate 5A. Meanwhile, Syndicate 4 received the Best Syndicate Practical Award.

The Guest of Honour then congratulated the Warrant Officer Leadership and Management Course Participant Serial 01/2022 for successfully completing their course. The Guest of Honour also emphasize the significant of the Leadership and Management Course in cultivating and developing leadership values and character based on RBAF Core Values in order to competent, skilled, efficient to administer and lead respective subordinate.

The Guest of Honour also highlighted that leaders need to execute their duties and responsibilities with honesty, trustworthy, professional, integrity, highest personal conduct in order to be projected as a role model to the men and women that we lead. In accordance to such, the Guest of Honour also call upon the course participant to fully benefit, utilize and apply the knowledge acquired to achieve excellence.

The Guest of Honour then ended his speech by formally close the Warrant Officer Leadership and Management Course Serial 01/2022 followed by Hi-Tea and the recitation of Doa. The event end up with group photo session and signing of parchment.