
Di dalam tempoh tersebut, pelbagai ilmu dan kemahiran telah diterapkan oleh jurulatih bukan sahaja dalam bidang kaedah mengajar, malah juga dalam bidang pentadbiran dan persediaan sebelum mengajar yang dipertanggungjawabkan sebagai jurulatih yang berkebolehan. Tambahan lagi kursus ini telah membuka ruang, peluang dan nilai tambah kepada peserta kursus terhadap kefahaman tentang tugas dan dipertanggungjawab terutama dalam bidang kejurulatihan. Selain itu, ia juga berupaya untuk melatih dan membina kemahiran peserta kursus yang berkualiti, responsif dan proaktif serta mampu berfikir di luar kotak dalam membuat perancangan dan keputusan yang efisien.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia, Mej Pg Hjh Siti Noraishah Binti Pg Hj Tajuddin Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Perkembangan Jurulatih, Sekolah Sarjan Mejar dan jurulatih-jurulatih Cawangan Perkembangan Jurulatih PE IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 19742 LsK Haji Mohammad Azrul Hanasli bin Haji Rosli dan kemudian diikuti dengan penyampaian cendramata kepada Penutut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 1335 Lt Adriana Fernanda Afonso binti Metusin. Manakala Penutut Terbaik Latihan Mengajar disandang oleh 21638 Kpl Fatin Nabilah Binti Hj Mahmud. Penutut Terbaik Teori disandang oleh 19742 LsK Haji Mohammad Azrul Hanasli bin Haji Rosli.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibaca oleh Yang Yang Mulia 19742 LsK Haji Mohammad Azrul Hanasli bin Haji Rosli dan sesi bergambar ramai.