
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Farisan bin Pengiran Metassan, Pegawai Pemerintah, Sek Prtkngn Tent IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pegawai Pemerintah Sek Prtkngn Tent IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLM Sek Prtkngn Tent IL ABDB.
Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2022 ini dikendalikan selama tujuh (07) minggu bermula daripada 20 Jan 2023 hingga 10 Mac 2023 dan disertai seramai lapan belas (18) anggota yang terdiri daripada lapan (08) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, dua (02) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, satu (01) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, tiga (03) anggota dari Institut Latihan ABDB, satu (01) anggota dari Rejimen Pasukan Khas dan tiga (03) anggota dari Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Al-Mujadilah Ayat 11 daripada wakil peserta kursus 18636 Sjn (U) Ahmad Ibtisam bin Haji Amron. Majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 18287 Sjn Muhammad Norhasif bin Sulaiman, Pengendali Kursus, CLM Sek Prtkngn Tent IL ABDB.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian lencana, sijil dan pengumuman Penuntut Terbaik Teaching Procedure (TP) Memandu yang disandang oleh 17879 Kpl Abdul Hamid bin Zahari daripada Kenderaan Pasukan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei, Penuntut Terbaik Teori dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50310 Kpl Muhammad Muhaimin bin Rosmalee daripada CLM Sek Prtkngn Tent IL ABDB. Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus dan apa yang diharapkan sebagai seorang jurulatih memandu perlu bertanggungjawab dalam mengajar dan memastikan anggota di bawah unit masing-masing akan membuat First Parade, Halt Parade dan Last Parade kenderaan yang akan digunakan bagi memastikan kenderaan berkenaan sentiasa berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 17879 Kpl Abdul Hamid bin Zahari diikuti dengan sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.


