
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia, 1046 Kapt Md Zulfadli bin Hj Abd Rahman selaku Timbalan Pegawai Turus Logistik, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Latihan Logistik Cawangan Latihan Logistik Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jurulatih Kanan, Jurulatih-jurulatih, Jurulatih Bantuan Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan para jemputan.
Kursus Asas Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2023 dihadiri oleh seramai 17 anggota yangmana 12 anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 01 anggota daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 02 anggota daripada Pasukan Simpanan Gurkha. Kursus ini dilaksanakan selama 03 minggu bermula pada 26 Jun 2023 hingga 14 Julai 2023. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya yang mandatory (dimestikan) bagi setiap anggota berjawatan Tukang Masak di Rumah Masak Angkatan Tentera mahupun sebagai pelayan di Mess PW/SSjn dan Sjn serta Mess Pegawai didalam Angkatan Tentera bagi melayakan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.
Melalui kursus ini, peserta kursus telah diajarkan beberapa pelajaran teori & praktikal yang menjurus kepada pengetahuan skil memasak dan melayan didalam sesebuah unit Angkatan Tentera. Mereka telah didedahkan dan ditunjuk ajar dengan penyusunan crockery dan cutlery serta tatacara melayan tetamu diperingkat tertinggi. Mereka juga diajarkan tatacara membuat makanan dan masakan tradisional orang kitani dan makanan dari negara luar (western food). Mereka juga didedahkan bagi melayan tetamu diperingkat Mess PW/SSjn dan Sjn semasa curry lunch kursus K&P Pegawai Waran yang lalu. Melalui Kursus ini juga, ianya dapat mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan sebagai tukang masak dan pelayan di bawah unit Angkatan Tentera ABDB.
Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Fatihah dan Bacaan Ayat Al Quran; Surah Al Anam ayat 119 hingga 121 yang dibacakan oleh 52624 Sld Muhd Syazwan bin Mahni. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada jurulatih pengendali Kursus Asas Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan sijil dan menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus di atas usaha dan dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan. Majlis diikuti dengan penyampaian sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 19098 LKpl Mohd Hardy bin Yakub daripada Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan olah Tetamu Kehormat Majlis dan dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.


