
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 1035 Lt Hjh Umi Kalthum binti Hj Roslan, Penolong Pegawai Memerintah Logistik, Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai Latihan Logistik, Sekolah Sarjan Mejar, jurulatih-jurulatih Cwngn Lthn Log, Sek Prtkngn Tent IL ABDB.
Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus telahpun didedahkan dengan pembelajaran perakaunan stor dan diuji dengan ujian secara dalam talian, teori dan praktikal. Peserta kursus juga telah diberi kesempatan untuk belajar dengan pengemaskinian kelengkapan stor bertempat di Domestic Supply Squadron (DSS), Cawangan No.4, Tentera Udara Diraja Brunei, yang mana ianya dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mereka membuat pemeriksaan kelengkapan di unit masing-masing nanti.
Kursus ini telah dikendalikan selama lima (05) minggu dan seramai 31 anggota kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada lapan belas (18) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), tiga (03) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), tiga (03) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), seorang anggota dari Markas Angkatan Bersama, seorang anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), seorang anggota dari Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), seorang anggota dari Rejiman Pasukan Khas, dan tiga (03) anggota daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Ma’idah Ayat 8-11 yang dibacakan oleh 53505 Sld (U) Md Zulfadhly bin Hj Md Zulkifli. Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan pengelasan kursus daripada Jurulatih Pengendali kursus, 16883 SSjn Hj Muhd Shafie bin Hj Mohamad. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50119 Sld Ari Saifullah bin bin Ariffin daripada 3Bn TDDB, Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 51430 Sld Muhammad Izzudidin bin Norhalim daripada Khidmat Bantuan Kombat TDDB dan manakala Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 52315 LS Mohd Adif bin Hj Rosly daripada TLDB. Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta sentiasa bersiap sedia untuk menerima sebarang tugas dan tanggungjawab dengan baik mengikut keperluan semasa. Peserta kursus juga
dinasihatkan agar bermotivasi untuk berjaya, bersemangat dan berminat dengan kerjaya serta bersikap terbuka dalam menerima sebarang arahan serta membuat tugas.
Majlis perasmian penutupan kursus diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.






