IMG-20210128-WA0045.jpg

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 28 JANUARI 2021. Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 3/2020. Majlis penutupan kursus berkenaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pusat Evolusi, IL ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih, IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Bahasa, pegawai-pegawai, guru-guru dan ahli tetap PE IL ABDB.

Seramai 08 orang peserta yang terdiri daripada 01 anggota tentera pinjaman luar negara (Loan Service), 04 anggota tentera Gurkha dan 03 orang awam telah menghadiri Kursus berkenaan yang mana telah dijalankan selama 03 minggu, bermula pada 11 Januari 2021 hingga 29 Januari 2021. Kursus ini ditawarkan khusus untuk anggota tentera pinjaman luar negara (loan service) serta pasangan (orang awam), anggota tentera Gurkha, anggota tentera dan awam British yang berkhidmat bagi Negara Brunei Darussalam. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu peserta kursus berkomunikasi menggunakan struktur asas tatabahasa bahasa Melayu dengan baik sama ada secara lisan mahupun bertulis. Di samping itu, peserta kursus juga didedahkan dengan adat dan budaya masyarakat Brunei. Pelbagai aktiviti telah diungkayahkan bagi mencapai objektif kursus seperti latihan menulis, bertutur, mendengar, ujian dan lawatan sambil belajar.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus, iaitu LKpl Avtar Gurung dan kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus oleh Tetamu Kehormat kursus dan seterusnya memberikan ucapan bagi penutupan kursus tersebut. Anugerah Penuntut Terbaik bagi Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 3/2020 telah disandang oleh LKpl Avtar Gurung dari anggota Unit Simpanan Gurkha.




IMG-20210128-WA0023.jpg

IMG-20210128-WA0030.jpg