
Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 2/2022 telah dijalankan selama 03 minggu, iaitu bermula pada 19 September 2022 hingga 07 Oktober 2022. Kursus ini ditawarkan khusus untuk anggota tentera pinjaman luar negara (loan service) serta pasangan (orang awam), anggota tentera Gurkha, anggota tentera British dan orang awam yang berkhidmat di Seria Garison. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu peserta kursus berkomunikasi menggunakan struktur asas tatabahasa bahasa Melayu dengan baik sama ada secara lisan mahupun bertulis. Di samping itu, peserta kursus juga didedahkan dengan adat dan budaya masyarakat Brunei. Pelbagai aktiviti telah diungkayahkan bagi mencapai objektif kursus seperti latihan menulis, bertutur, mendengar, ujian dan lawatan sambil belajar.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus, iaitu Mrs Leanne Mackenzie. Kemudian, Yang Mulia Tetamu Kehormat menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus dan seterusnya menyampaikan ucapan penutupan kursus. Anugerah Penuntut Terbaik bagi Kursus Asas Bahasa Melayu Siri 2/2022 telah disandang oleh LS2240 Lt Kdr Harry Edward Ball.