PENANJONG GARISON, Isnin, 24 Januari 2020 – Cawangan Latihan Kewangan (CLKwgn), Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Siri 4/2019 bertempat di Bilik Kuliah, CLKwgn SPT IL ABDB. 

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Mej Pg Ja`afarudin Bin Pg Tejudin, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat (CLTD) Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) selaku tetamu kehormat majlis.
Tetamu kehormat dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang kepentingan untuk menanamkan sifat jujur dan amanah dalam melaksanakan hal ehwal pengurusan yang bersangkut paut dengan bidang Perakauanan. Beliau juga menegaskan bahawa kursus perakaunan bukan hanya sekadar untuk memenuhi kursus mandatori bahkan ia juga sebagai garis pandu yang perlu dipatuhi dan nilai tambah kepada bidang kepakaran dan tugas di unit masing-masing. 
GAMBAR PENUTUP.png