
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Timbalan Komandan IL ABDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, SPT IL ABDB, Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan Gaji), Cawangan Latihan Kewangan, Pegawai-pegawai jemputan, Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar, dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kewangan.
Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB yang bertujuan untuk melayakkan peserta kusus memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-unit ABDB ini telah dikendalikan selama dua (02) minggu bermula daripada 16 Mei 2022 hingga 27 Mei 2022. Seramai Tiga Puluh Tiga (33) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan Kursus ini yang terdiri daripada Sepuluh (10) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Sembilan (09) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Lima (05) anggota dari Markas Angkatan Bersama (MAB), Dua (02) anggota dari Rejimen Pasukan Khas (RPK) dan Tujuh (07) anggota daripada Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 275 – 278 daripada wakil peserta kursus, 1299 Leftenan Madya Muhd Ajrullah bin Rosli, TLDB. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 780 Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan Gaji) selaku Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kewangan SPT IL ABDB. Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 1251 Leftenan Mohammad Shakri bin Sahri daripada Khidmat Bantuan Kombat, TDDB. Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari sebelum pengauditan dalaman dijalankan serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohamad Sukaimi bin Haji Abdullah, Guru Ugama Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.


