300.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 30 Jun 2023 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 02/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn SPT IL ABDB) telah selesai dan sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Turut hadir di Majlis tersebut adalah Yang Mulia Mejar Roziahani binti Mohammad Jaya, Ketua Cawangan, CLKwgn SPT IL ABDB, Pegawai-pegawai, Jemputan-jemputan Khas dan Jurulatih-jurulatih CLKwgn SPT IL ABDB.

Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 02/2023 ini telah dilaksanakan selama tiga (03) minggu bermula dari 12 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023. Seramai tiga puluh (30) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada empat belas (14) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), empat (04) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), tiga (03) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), satu (01) anggota daripada Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB), satu (01) anggota dari Akademi Pertahanan, tiga (03) anggota daripada IL ABDB, satu (01) anggota dari Regimen Pasukan Khas (RPK), dan tiga (03) anggota daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Kursus ini bertujuan untuk melayakkan peserta kursus untuk memegang Akaun Perkhidmatan dan Pemegang Tabung Amanah di Unit-Unit ABDB. Ianya juga merupakan salah satu Kursus Mandatori ABDB dalam mendokong kriteria bagi sokongan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Maidah, Ayat 8 hingga 11 yang dibacakan oleh Sarjan Mohammad Hadri bin Ismail, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Jurulatih Pengendali Kursus iaitu Pegawai Waran 2 Mohammad Musa bin Haji Mohammad Kassim.

Majlis seterusnya diikuti dengan penyampaian sijil, sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan dan diteruskan dengan ucapan dari Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh 1330 Leftenan Norardillah binti Abdul Kadir dari IL ABDB. Dalam ucapan tetamu kehormat Majlis, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari serta professionalisma untuk menjalankan tugas dengan teliti dan cekap serta sentiasa merujuk kepada garispandu yang telah ditetapkan demi kebaikan organisasi ABDB. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

301.jpg302.jpg303.jpg