Penanjong Garison, Jumaat 07hb Februari 2020 – Cawangan Latihan Kewangan (CLKwgn), Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 5/2019 bertempat di Bilik Taklimat, CLlog SPT IL ABDB.

Majlis Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Mejar Pg Ja’afarudin bin Pg Tejudin, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat (CLTD) Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat majlis.
Tetamu Kehormat dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang kepentingan untuk menanamkan sifat jujur dan amanah dalam melaksanakan hal ehwal pengurusan yang bersangkut paut dengan bidang Perakaunan. Beliau juga menegaskan bahawa kursus perakaunan bukan sahaja sekadar untuk memenuhi kursus  mandatori bahkan ia juga sebagai garis pandu yang perlu di patuhi dan nilai tambah kepada bidang kepakaran dan tugas di unit masing-masing.
Peserta Kursus terbaik Keseluruhan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 5/2019 disandang oleh 1091 Lt (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya dari unit TUDB dan majlis selesai pada jam 1600 petang.