PENANJONG GARISON, JUMAAT, 11 Mei 2018. Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB 1/2018 telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Mohammad Borhanuddin bin Hj Abd Manaf, Pemangku Timbalan Pegawai Turus Logistik. Dalam ucapan penutup beliau menyentuh agar peserta kursus Ketua kerani Gaji sentiasa bersifat jujur dan amanah sekaligus menaikkan status unit masing-masing berlandaskan kepada peraturan buku panduan Gaji.

Beliau turut menyentuh, penglibatan peserta kursus Akaun Perkhidmatan ABDB merupakan satu kursus mandatori. Ianya bukan saja sekadar menghadiri malahan meletakkan semua peserta kursus kepada tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau menutup kata dengan setiap ilmu dan kemahiran yang di timba agar dapat di aplikasikan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab apabila berada di unit masing-masing. Peserta kursus terbaik keseluruhan bagi Kursus Ketua Kerani Gaji bagi tahun 2018 disandang oleh 17021 Sjn Mahathir bin Haji Abd Hamid Manakala Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB siri 1/2018 disandang oleh 16731 Sjn Musa bin Haji Mohammad Kasim Majlis selesai pada jam 1100 Pagi.