PENANJONG GARISON, Jumaat 22 April 2022 – Majlis Penutup Rasmi Kursus Kompeni Kuartermaster Sarjan Siri 1/2022 telah dilaksanakan oleh Cawangan Latihan Logistik Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLOG SPT IL ABDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat dalam majlis tersebut ialah 657 Lt Kol (Udara) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah SPT IL ABDB. Turut hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada Ketua-Ketua Cawangan SPT, Sekolah Sarjan Mejar (SSM) dan jurulatih-jurulatih CLLOG.
Seramai 27 anggota yang menghadiri Kursus Kompeni Kuartermaster Sarjan Siri 1/2022 yang bermula pada 05 April 2022 sehingga 22 April 2022.
Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan tambahan pula kursus ini adalah Mandatori bagi anggota-anggota yang menghadiri serta mendokong kriteria untuk sokongan kenaikan pangkat.
Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus diberi penerangan secara fizikal untuk menambah nilai pengetahuan yangmana ditekankan didalam pengendalian tugas serta tanggungjawab Pengurus Stor Kuartermaster mahupun Logistik yang boleh memberi pengetahuan dan memahami tentang pengurusan perjalanan perakaunan stor yang dapat diaplikasikan di unit-unit mereka.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan dari wakil Pengendali Kursus yang disampaikan oleh 16883 SSjn Hj Md Shafie bin Hj Mohamad dan diteruskan pengumuman penuntut-penuntut terbaik. Bagi Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh 21474 Sjn Nurul Suriyana binti Hj Serbini dari unit Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 18256 Sjn Qamarul Arifin bin Hifni dari unit Depoh Logistik, Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB. Didalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis turut menekankan kepada peserta kursus dengan apa yang diperolehi sepanjang berkursus dapat diaplikasikan di unit masing-masing.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenangan kepada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Majlis perasmian penutupan kursus diakhiri dengan bacaan doa selamat dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.



AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH PESERTA KURSUS KKMS SIRI 1/2022

Peserta
kursus didedahkan dengan pelajaran pengisian borang-borang perakaunan stor
kursus didedahkan dengan pelajaran pengisian borang-borang perakaunan stor

Peserta kursus mengikuti perbarisan Hari Ulang Tahun Institut
Latihan ABDB
Latihan ABDB
Aktiviti Membaca Yassin diadakan setiap hari Isnin & Rabu

Mendengar taklimat Penjagaan Alat Kelengkapan Unit daripada Jurulatih Cwgn Lthn Teknikal Darat SPT IL ABDB
if
Peserta kursus diberi tugasan untuk mengendalikan Majlis Membaca Yassin & Tahlil sempena bulan Ramadhan


