PENANJONG GARISON, Jumaat, 03 Mei 2019 – Majlis Penutup Kursus Tempur Ketua Seksyen sesi 2018 dan Penolong Ketua Seksyen sesi 2018 telah diadakan di Padang Kawad Sekolah Infantri, IL ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Mejar Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, IL ABDB.

Seramai 55 anggota telah berjaya menamatkan serta lulus bagi Kursus Tempur Ketua Seksyen sesi 2018 terdiri daripada 17 anggota dari Batalion Pertama TDDB, 15 anggota dari Batalion Kedua TDDB, 13 Anggota dari Batalion ketiga TDDB, 02 anggota dari Batalion Bantu TDDB, 01 anggota dari TUDB dan 07 anggota dari IL ABDB. Manakala bagi Kursus Penolong Ketua Seksyen sesi 2018, seramai 72 anggota telah berjaya menamatkan dan lulus yang terdiri daripada 21 anggota dari Batalion pertama TDDB, 19 anggota dari Batalion Kedua TDDB, 29 anggota dari Batalion Ketiga TDDB, 01 anggota dari Batalion Bantu TDDB dan 02 anggota dari TUDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan diteruskan dengan penyampaian ulasan perjalanan kursus yang disampaikan oleh 17163 Sjn Athraba bin Haji Buntan selaku jurulatih pengendali kursus dan diikuti dengan ucapan penghargaan daripada 17992 Lkpl Syarif Hanif bin Abbas selaku wakil peserta kursus.
Seterusnya Tetamu Kehormat menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus. Upacara penyampaian sijil diteruskan juga dengan penyampaian sijil bagi penerima-penerima penuntut terbaik seperti berikut:
Kursus Tempur Ketua Seksyen Sesi 2018
Penuntut Terbaik Teori – 18617 Lkpl Md Shazmeel bin Omarshah, 2Bn TDDB
Penuntut Terbaik Amali – 16125 Lkpl Md Ariffin bin Haji Ismail, 3Bn TDDB
Penuntut Terbaik Jasmani – 16669 Lkpl Shahrul bin Jalil, 2Bn TDDB
Penuntut Terbaik Keseluruhan – 17992 Lkpl Syarif Hanif bin Abbas, IL ABDB
Kursus Penolong Ketua Seksyen Sesi 2018
Penuntut Terbaik Teori – 51436 Sld Md Khairul Muhtadee bin Jusmey, 2Bn TDDB
Penuntut Terbaik Amali – 51187 Sld Md Daniel bin Abdullah Duat, 2Bn TDDB
Penuntut Terbaik Jasmani – 50344 Sld Asraf bin Darussalam, 1Bn TDDB
Penuntut Terbaik Keseluruhan – 19961 Sld Raimi bin Jamain, 2Bn TDDB
Selepas penyampaian sijil, Tetamu kehormat telah memberikan ucapan serta penutupan resmi bagi Kursus Tempur Ketua Seksyen Sesi 2018 dan Penolong Ketua Seksyen Sesi 2018. Acara diakhiri dengan bacaaan doa selamat dan sesi bergambar ramai Tetamu kehormat bersama peserta kursus dan para jemputan yang hadir.
DSC_0139.JPG

DSC_0259.JPG