PENANJONG GARISON, KHAMIS, 10 MEI 2018. Majlis Penutupan Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 01/2018 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih Institut Latihan ABDB. Seramai 46 orang anggota ABDB telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada 6 dari Kementerian Pertahanan, 17 dari Tentera Laut Diraja Brunei dan 23 dari Tentera Udara Diraja Brunei. Kursus ini mengambil masa selama 5 minggu bermula pada 05 April 2018 sehingga 11 Mei 2018.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dari anggota Pejabat Keugamaan, Kementerian Pertahanan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada penuntut-penuntut kursus dimana anugerah Penuntut Terbaik disandang oleh 12861 SSjn (U) Muhammad Zainal bin Mari. Majlis kemudian diteruskan dengan Kata-Kata Penutup dan perasmian penutup kursus oleh Tetamu Kehormat. 

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan nilai tambah pengetahuan di dalam bidang pengurusan padang tembak secara terperinici dimana peserta kursus telah diberi panduan bagi perlaksanaan ujian atau latihan menembak peluru hidup di padang tembak ABDB. Disamping itu juga, kursus ini juga adalah salah satu kursus mandatori yang mesti dihadiri oleh pegawai-pegawai dan PTB Kanan ABDB.