komp 1
Penanjong Garison, 30 November 2018 – Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2018 telah menutup tirai pagi tadi. Acara ini telah diadakan di Mahkota Lounge, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dengan dihadiri oleh peserta-peserta kursus, tenaga-tenaga pengajar serta ahli-ahli tetap Pusat Evolusi. Acara penutup yang diselajurkan dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, selaku Tetamu Kehormat. Beliau turut berkesudian untuk menyampaikan Sijil Penuntut Terbaik bagi Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2018 kepada 17505 Kpl (U) Mohammed Kesumaja Shah bin Hj Mohd Ali dari Tentera Udara Diraja Brunei.
Di dalam ucapannya, Mejar Ernie telah menasihati para peserta kursus agar tidak mensia-siakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi kerana pelajaran praktikal sekiranya tidak diamalkan dan diabaikan, akan luput ditelan waktu.
Kursus yang mengambil masa 06 minggu, bermula pada 22 Oktober hingga 30 November 2018, telah dihadiri oleh 21 anggota perkeranian Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini merupakan kursus mandatori bagi mereka yang berjawatan kerani.
Pelajaran yang diikuti dalam kursus ini adalah kesinambungan daripada kemahiran penggunaan Ms Office (Ms Word, Ms Powerpoint dan Ms Excel) yang dipelajari semasa Kursus Asas Komputer. Ia adalah bertujuan untuk melahirkan para kerani yang lebih berkemahiran dalam Ms Office dan dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam tugas masing-masing dengan lebih efektif.

komp 2

Tetamu Kehormat menyampaikan Sijil Penuntut Terbaik kepada 17505 Kpl (U) Mohammed Kesumaja Shah Mohammed Kesumaja Shah bin Hj Mohd Ali 

komp 3

Wakil peserta Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2018, 18651 LKpl Mohd Noh menyampaikan ucapan dan ulasan kursus

komp 1

Sesi bergambar ramai