8552649.jpgPENANJONG GARISON, Khamis 03 Disember 2020 – Upacara Majlis Penutup bagi Kursus Pengawas Padang Tembak (RMC non-combatant) 2020 telah diadakan di Dewan Nikmat, Penanjong Garrison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Hj Ali, Ketua Jurulatih Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai, Lain-lain peringkat dan jemputan khas. 
Upacara tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh anggota Jamaat dan diikuti dengan taklimat mengenai pencapaian peserta-peserta kursus RMC (non-combatant) 2020 daripada 880 Capt Khairul Arifin bin Awg Adanan . Upacara tersebut kemudian diikuti dengan penyampaian sijil dan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat. Didalam ucapan beliau, Tetamu Kehormat Majlis menekankan kepentingan menghadiri Kursus RMC yangmana merangkumi aspek kesihatan dan keselamatan dalam mengendalikan Eksesais Tapak Tembak. 
Penerima anugerah bagi Penuntut Terbaik bagi Kursus RMC (non-combatant) 2020 diberikan kepada 1181 Kapten Raihana Samraa@Lily binti Hj Abd Rahman.
Kursus RMC (non-combatant) 2020 bermula daripada 02 November 2020 hingga 04 Disember 2020 and dihadiri oleh 52 peserta termasuk 14 Pegawai – pegawai daripada daripada Unit-unit dibawah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 2 Pegawai – pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih and mendedahkan Pegawai-pegawai dan PTB Kanan sebagai Pegawai Tapak Tembak yang berkaitan dengan pentadbiran, penyeliaan dan pengawasan dalam peringkat yang berbeza.
IMG-20201203-WA0025.jpg

RANGE MANAGEMENT COURSE (NON-COMBATANT) 2020 CLOSING CEREMONY
PENANJONG GARRISSON, Thursday 3 December 2020 – The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) (Non – Combantant) was held at the Nikmat Hall, Penanjong Garisson. 
Present as the guest of honor for the ceremony was Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Hj Ali, Chief Instructor of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. Also present during the ceremony were senior officers, officers and invited guests. 
The ceremony commenced with the recitation of surah Al-Fatihah and a post-course briefing by Jamaat Personnel. Overall course report was delivered by 880 Capt Khairul Arifin bin Awg Adanan and and followed with certificate presentation and concluded with the closing remarks from the guest of honour. In his speech, the guest of honour emphasised the importance of attending RMC in relation to the health and safety aspect of conducting a firing range exercise.
The Best Student Award for RMC (Non-Combatant) 2020 went to 1181 Captain Raihana Samraa@Lily binti Hj Abd Rahman.
The RMC (non-combatant) took place from 02 November 2020 until 04 December 2020  and was attended by 52 participants from various units from Royal Brunei Armed Forces and Royal Brunei Police Force (RBPF)  that includes 14 RBAF Officers and 2 RBPF Officers. The course serves to train the officers and seniors ranks as firing range officers especially in other areas relating to administration, supervising, and invigilating on different levels.