Penanjong Garison, Hari Khamis, 25 Oktober 2018 - Cawangan Membaca Peta Sekolah Infantri IL ABDB telah mengadakan majlis penutupan Kursus Pandu Arah dan GPS Sesi 2018. Kursus tersebut telah bermula pada 28 September dengan dihadiri oleh 11 orang anggota terdiri daripada 1 orang daripada Sekolah Infantri IL ABDB, 3 orang daripada B Kompeni Batalion ke-3 TDDB Perkhemahan Lumut manakala 7 orang daripada Kompeni C Pasukan Polis Diraja Brunei.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Mohd Edham bin Awang Harlip selaku tetamu kehormat dengan menyampaikan sijil- sijil kepada peserta kursus.
Penuntut Terbaik Keseluruhan ialah APO 6767 Habibbul Morhadi bin Awang Jumat, manakala Penuntut Terbaik Pelajaran Teori ialah APO 6879 Muhd Khairul Anwar bin Muhd Sahbirin dan Penuntut Terbaik Pelajaran Amali adalah APO 6830 Muhammad Syuaib bin Muhammadun.