PENANJONG GARISON, Jumaat 04 Februari 2022 – Majlis Penutupan Rasmi Kursus Kerani Pertengahan Sesi 2021 telah dilaksanakan secara maya oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Kursus ini telah bermula pada 07 Januari 2022 sehingga 04 Februari 2022.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Kapten Majiidah binti Hj Sidek, Jurulatih Kanan dan Jurulatih-Jurulatih di bawah naungan Cawangan Latihan Kerani.
Seramai 41 anggota telah menghadiri Kursus Kerani Pertengahan Sesi 2021 yang terdiri daripada 15 anggota unit TDDB, TLDB seramai 04 anggota,TUDB seramai 07 anggota, AP ABDB seramai 01 anggota, IL ABDB seramai 02 anggota, RPK seramai 03 anggota dan Kementerian Pertahanan seramai 09 anggota.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Hujurat ayat 11-13. Turut disampaikan adalah ulasan rumusan pencapaian peserta kursus yang telah disampaikan oleh Jurulatih Pengendali, SSjn Abdul Hafiz bin Haji Abd Jalil. Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh 50543 LKpl Muhammad Shahrizal bin Md Sazkir (TDDB) manakala Penuntut Terbaik Amali 50606 LKpl Mohd Khairul Anwar bin Alipah (IL ABDB).
Kursus Kerani Pertengahan Sesi 2021 telah ditutup rasmi dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat. Dalam ucapan tersebut Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta-peserta kursus di atas pencapaian yang telah dipamerkan skaligus menasihatkan agar semua peserta kursus akan sentiasa menanamkan keazaman untuk memperbaiki diri bukan saja semasa berkursus bahkan meningkatkan prestasi kerja setelah kembali bertugas di unit masing-masing nanti. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Penutup.

