thumbnail_IMG-20191101-WA0034.jpgPENANJONG GARISON, KHAMIS 31 OKTOBER 2019 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 3/2019 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Mejar Dyg Siti Nur ‘Afiqah binti Awg Haji Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB. Kursus tersebut telah dijalankan selama dua minggu bermula pada 21 Oktober 2019 hingga 01 November 2019.

Seramai 56 orang anggota ABDB telah menghadiri kursus tersebut. Tujuan kursus adalah untuk memberikan pengetahuan asas mengenai kepimpinan dan juga melatih mereka untuk mempraktikkan pelajaran yang telah dipelajari di unit masing-masing.
Seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan sijil serta menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta-peserta kursus di atas usaha yang jitu serta dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan. Dalam kesempatan itu juga, Tetamu Kehormat Majlis juga menasihatkan serta menekankan untuk mempraktikkan asas kepimpinan, nilai-nilai teras ABDB bagi meningkatkan tahap disiplin individu dan anggota yang dipimpin serta menyokong dalam merealisasikan visi dan misi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
thumbnail_IMG-20191101-WA0034.jpg
thumbnail_IMG-20191101-WA0034.jpg