PENANJONG GARISON, KHAMIS, 16 Januari 2020 – Majlis Penutupan Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 14 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 04 orang, 03 daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 04 orang daripada Institut Latihan ABDB, 01 orang daripada Kementerian Pertahanan dan 02 orang daripada Pasukan Simpanan Gurkha Sungai Akar. Kursus ini berjalan selama 7 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Memandu (CLM), Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB (SPT IL ABDB). Ia adalah salah satu kursus mandatori bagi setengah anggota ABDB untuk kenaikkan pangkat dan membolehkan para anggota untuk melayakkan memegang jawatan yang ada.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kapten Haji Harries bin Haji Musa, Ketua Cawangan Latihan Memandu. Turut hadir Pegawai Penguji Kelayakan, jurulatih-jurulatih kanan dan jemputan dari Pasukan Simpanan Gurkha. Penutup Kursus diadakan bertempat di CLM SPT IL ABDB, Penuntut terbaik keseluruhan dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 17766 Kpl Muhammad Rizan bin Abdullah dari unit 3Bn TDDB.
Yang Mulia Kapten Haji Harries bin Haji Musa dalam ucapannya bahawa kursus ini dibentuk untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan serta kefahaman yang perlu ada bagi setiap anggota yang diamanatkan sebagai Jurulatih Memandu sub-unit di dalam angkatan tentera ataupun agensi kerajaan yang lain. Di dalam kursus ini juga peserta kursus telah didedahkan dengan pengendalian kenderaan dan borang-borang yang digunakan di dalam sub-unit serta tatacara urusan keperluan harian, apa yang diharapkan, para peserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang jalanraya yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Darat Negara Brunei Darussalam.
download (2).png