Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison, 19 Oktober, 2018 – Pegawai Pemimpin Pusat Evolusi, Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman telah mengakhiri Kursus Elementari Bahasa Inggeris Siri 2/2018 yang bermula dari 19 Oktober hingga 19 November 2018 di Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB.
Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison, 19 Oktober, 2018 – Pegawai Pemimpin Pusat Evolusi, Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman telah mengakhiri Kursus Elementari Bahasa Inggeris Siri 2/2018 yang bermula dari 19 Oktober hingga 19 November 2018 di Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB.Kursus yang berfungsi sebagai lanjutan Kursus Asas sebelumnya, memberi tumpuan kepada menyediakan peserta kursus dengan pengetahuan asas dalam kemahiran bahasa utama – tatabahasa, berbicara, membaca dan menulis. Selain meningkatkan kemahiran bahasa para peserta kursus, kursus ini juga berfungsi sebagai kursus mandatori untuk semua anggota kerani ABDB. Kursus selama empat minggu ini disertai seramai 26 orang peserta dari pelbagai unit ABDB dari Angkatan Tentera Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, dan Kementerian Pertahanan. Majlis penutup telah diadakan pada hari Isnin, 19 November di Pusat Evolusi. Sijil penamat kursus diserahkan oleh tetamu kehormat, Major Ernie Ermawati binti Mohd Erman kepada seramai 26 peserta kursus.
50543 LKpl Mohammad Shahrizal bin Mohd Sazkir dari Angkatan Darat Diraja Brunei telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan manakala anugerah bagi pelajar yang mempunyai peningkatan terbaik telah dianugerahkan kepada 50668 LKpl (U) Amir Firdaus bin Jamil dari Tentera Udara Diraja Brunei. Upacara itu disempurnakan dengan ucapan dari tetamu kehormatan yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan Bahasa yang diperlukan untuk mengelakkan halangan dari segi bahasa dalam ABDB agar para peserta dapat memainkan peranan penting dalam memupuk budaya dwibahasa yang sihat dalam ABDB.

