Penanjong Garison, 16 November 2018 – Kursus Memandu Lesen Kelas 3 ini dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu (CLM), Sekolah Pertukangan Tentera (SPT) Institut Latihan ABDB selama 6 minggu bermula pada 5 Oktober 2018 hingga 16 November 2018. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 23 orang anggota yang terdiri daripada anggota TDDB, TLDB dan Institut Latihan ABDB.
Majlis Penutup Kursus pada pagi Jumaat ini telah ditutup rasmi oleh Tetamu Kehormat, 740 Mejar Haji Ezan Sazali bin Hj Osman, Directing Staff Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB. Penyampaian sijil penyertaan kursus telah diberikan kepada semua peserta kursus yang mana Penuntut Terbaik Tatacara Memandu dan Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus memandu Lesen Kelas 3 siri 2/2018 disandang oleh 18981 LKpl Muhammad Sapawi bin Manggis@ Minggas dari Skuadron Bot Tempur Batalion Bantu TDDB.
