PENANJONG GARISON, KHAMIS 13 DISEMBER 2018 – Upacara Penutup Kursus bagi Asas Logistik siri 3/2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 39 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 24 orang, 05 orang daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 04 orang daripada Institut Latihan ABDB, 02 orang daripada Kementerian Pertahanan, 02 daripada Akademi Pertahanan ABDB dan 2 orang daripada unit Pasukan Simpanan Gurkha. Kursus Asas Logsitik ini berjalan selama 5 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya yang harus dihadiri oleh semua pengawas stor bagi melayakkan memegang jawatan dalam Kuartermaster dan Logistik.

Hadir selaku Tetamu Kehormat, 583 Mejar Mohamad Ubaidy bin Umbu, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Turut hadir Pegawai jemputan dari Pasukan Simpanan Gurkha dan Jurulatih-Jurulatih Kanan. Penutup Kursus diadakan bertempat di Cawangan Latihan Logistik, SekolahPertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh 50321 Sld Abdul Halim bin Haji Sidup dari unit Depoh Logistik, Khidmat Bantuan Kombat TDDB.
Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapannya bahawa perserta kursus telah didedahkan berkenaan dengan perakuanan dan borang-borang yang digunakan didalam Kuartermaster dan Logistik. Apa yang diharapkan para peserta kursus ini supaya akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang tinggi dengan memahami undang-undang keselamatan yang sedia ada.

GGZQE7151

GBUKE0291

VRZEE5491