PENANJONG GARISON, Isnin, 19 November 2018 – Majlis penutup bagi Dikir Maulud yang diadakan selama 12 malam berturut-turut telah diadakan secara serentak di semua surau di seluruh perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Manakala, Majlis Dikir Penutup Bagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Menyertai para jemaah itu ialah Komandan Institut Latihan ABDB, Yang Mulia Kolonel Haji Haszaimi bin Bol Hassan. Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, serta pegawai-pegawai dan kakitangan di Penanjong Garison.
Atucara majlis ini termasuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sembahyang Fardhu Maghrib dan Fardhu Isyak serta ceramah khas bertajuk “Tarbiyah Rasulullah Membawa Rahmat Dalam Bekeluarga”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhd Syafiq Al-Lutfy bin Ahmad, Guru Agama di Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong.
Majlis Dikir Maulud tersebut merupakan aktiviti tahunan anjuran Kementerian Pertahanan dan ABDB serta unit-unitnya sempena memperingati dan menyambut Hari Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW).
