PENANJONG GARISON, Khamis, 21 Februari 2019 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus PTB Kanan Kerani Siri 1/2018 bagi Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan di Bilik Makmal Komputer Cawangan Latihan Kerani Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB Penanjong Garison.
PENANJONG GARISON, Khamis, 21 Februari 2019 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus PTB Kanan Kerani Siri 1/2018 bagi Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan di Bilik Makmal Komputer Cawangan Latihan Kerani Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB Penanjong Garison.Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah 706 Mejar Ruhaizmi bin Hj Rusli, Pegawai Memerintah, Kompeni Pentadbiran, Institut Latihan ABDB. Turut hadir bagi Majlis tersebut ialah Pegawai jemputan serta Ketua-Ketua Kerani dari Unit ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah An-Nissa ayat 57-59 dan seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus seramai 20 anggota dan menutup rasmi kursus. Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Pelajar Terbaik Amali disandang oleh 17640 Sjn Abdul Hafiz bin Hj Abd Jalil manakala pelajar Terbaik Akademi disandang oleh 17182 Sjn Mohd Royzi bin Rosli.
Dalam ucapan Tetamu Kehormat menasihatkan para peserta Kursus supaya akan dapat menerapkan segala kemahiran dan pengalaman yang ditimba dari kursus tersebut untuk dipraktikkan di Unit dan diajarkan kepada anggota bawahan. Kursus ini adalah Kursus Mandatori bagi perkeranian yang mana merangkum semua pelajaran kerani.
