
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Abidin, Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. Seramai 27 anggota daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei telah lulus dan berjaya menamatkan kursus tersebut.
Di antara isi kandungan ucapan penutup kursus yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, beliau memberikan ucapan tahniah dan mengingatkan bahawa kursus berkenaan adalah sebagai satu pelaburan yang berharga daripada ABDB dan seterusnya menekankan agar para penuntut dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi di bidang kerjaya masing-masing. Majlis penutup kursus diakhiri dengan jamuan dan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan para jemputan.


