PENANJONG GARISON, Isnin, 14 Februari 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengungkayahkan Majlis Penganugerahan Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (PKLPB) bagi anggota tentera yang masih berkhidmat dan telah bersara. Majlis tersebut telah diadakan di Padang Kawad IL ABDB, Penanjong Garison. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Komandan IL ABDB yang sekaligus menyempurnakan penyampaian pingat tersebut. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan serta para jemputan. 
Seramai 13 anggota tentera yang masih berkhidmat dan telah bersara telah dianugerahkan pingat tersebut iaitu: 
1. 14463 PW2 Samsudin bin Abdullah Jepon
2. 14801 PW2 Kairul bin Hj Abd Rahman
3. 15218 PW2 Hj Roziman bin Hj Abd Rahman
4. 15287 PW2 Mohd Saiful Rizal bin Mohd Ali
5. 14021 PW2 Azlan bin Tassim
6. 21238 PW2 Hjh Norhati bte Hj Brahim
7. 21250 PW2 Kamaliana bte Kamat
8. 15053 SSjn Sahdon bin Hj Chuchu
9. 15215 SSjn Mohd Alizam bin Mat Salleh
10. 14487 SSjn (B) Mohamad Shahron bin Salleh
11. 15109 Sjn (B) Eddy Ratino bin Hj Abu Bakar
12. 14486 Sjn (B) Norisah bin Kadir
13. 21246 Sjn (B) Dk Mona Alinawati bte Pg Hj Jaluyi
Pengurniaan pingat ini khusus diberikan kepada anggota tentera yang mempunyai rekod yang baik sepanjang 18 tahun dan lulus tapisan keselamatan tanpa sebarang isu. Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada anggota tentera yang komited dan berdidikasi sepanjang perkhidmatan dengan ABDB.