WhatsApp Image 2021-03-20 at 9.15.47 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, Jumaat, 05 Mac 2021 – Satu sejarah telah tercatat pada hari ini buat Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB) khususnya dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) amnya, dengan berlangsungnya Majlis Penandatanganan Dokumen Pentauliahan Latihan Kursus-kursus yang dikendalikan oleh PE IL ABDB bertempat di bilik kuliah Halbi, PE, IL ABDB. Penandatanganan dokumen tersebut adalah bertujuan untuk mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan di Pusat Evolusi, IL ABDB selaras dengan SAT Directive 2020.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, Pegawai-Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai, Pegawai-Pegawai Pelajaran, PTB-PTB Kanan dan ahli tetap PE, IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Mejar Dayang Siti Nur’Afiqah binti Haji Awang Morsidi, Pegawai Memerintah PE, IL ABDB. Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan tentang kepentingan folder Pendekatan Sistem Latihan sebagai dokumen langsung yang perlu ada sebelum sesebuah kursus ataupun latihan dijalankan. Disamping itu, dokumen tersebut juga dijadikan sebagai panduan utama oleh Penyedia Latihan agar kursus ataupun latihan yang dilaksanakan mempunyai kualiti tinggi dan selaras dengan dasar SAT Directive 2020 yang telah ditetapkan.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penandatangan Dokumen Pentauliahan Latihan antara kedua-dua pihak berkepentingan iaitu, Lembaga Keperluan Latihan dan Lembaga Penyampaian Latihan serta disaksikan oleh Penyedia Latihan. Sebanyak dua kursus yang dikendalikan di PE, IL ABDB telah diberikan tauliah kebenaran untuk menjalankannya. Lembaga Keperluan Latihan yang terlibat ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh dan Lembaga Penyampaian Latihan pula ialah Komandan IL ABDB sendiri.
Setelah itu, Pegawai Memerintah PE, IL ABDB mempersilakan Tetamu Kehormat untuk menyampaikan ucaptama. Inti pati ucaptama yang ditekankan oleh Tetamu Kehormat ialah peranan setiap pihak berkepentingan untuk menjalankan kewajipan masing-masing dan mengubah kelaziman amalan reverse engineering bagi menyempurnakan folder Pendekatan Sistem Latihan. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.
WhatsApp Image 2021-03-20 at 9.15.59 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-03-20 at 9.15.32 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-03-20 at 9.15.18 PM.jpeg