PENANJONG GARISON, Rabu, 03 Mac 2021 – Bagi memperingati Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis serupa juga telah diadakan serentak di kesemua surau ABDB.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota IL ABDB.
Majlis pembukaan tadarus Al-Quran tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Baqarah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan Solat Fardhu Asar berjemaah diketuai oleh Imam Syakir Farhan bin Omar, Imam Surau Al-Hikmah.
Selain menjadi salah atu dari atur cara bagi sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun ABDB, majlis ini juga bertujuan untuk memartabatkan lagi pembacaan dan penghayatan Al-Quran di kalangan anggota-anggota ABDB amnya dan IL ABDB khasnya.




