
Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Kapten Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Pemangku Pegawai Latihan, Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih Cawangan Latihan Logistik.
Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer adalah kesinambungan dari Kursus Peningkatan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer yangmana peserta kursus akan didedahkan dalam pengurusan makanan serta tatacara perkhidmatan sajian yang dikendalikan dan mempelajari tentang tanggungawab sebagai Pengurus Mes atau Pengurus Rumah Masak di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Secara kesimpulan, objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengendalian sebagai seorang Pengurus Mes atau Pengurus Rumah Masak serta berkemahiran membuat pengurusan permakanan dan tatacara perkhidmatan sajian yang dikendalikan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
