0.003.jpgPENANJONG GARISON, 14 Ogos 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2023 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Kapten Halimatul Azimah binti Haji Azamain, Pemangku Pegawai Latihan, Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik.

Kursus Lanjutan Logistik adalah kesinambungan dari Kursus Peningkatan Logistik yangmana peserta kursus akan mempelajari perakaunan-perakaunan di Kuartermaster mahupun di Sub-unit dengan lebih lanjut serta mempelajari tatacara pengurusan kelengkapan tentera bermula dari penerimaan kelengkapan hingga pengeluaran dan pemusnahan kelengkapan tentera.

Secara kesimpulan, objektif kursus ini adalah untuk melahirkan anggota yang lebih berkemahiran dalam pengendalian perakaunan-perakaunan yang ada di Kuartermaster serta menjalankan proses logistik di unit masing-masing dan boleh menyelesaikan sebarang tugasan dengan baik berpandukan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

0.004.jpg