PENANJONG GARISON, ISNIN 25 JUN 2018.   Majlis Pembukaan Rasmi bagi Intermediate Officer Tactic Course (IOTC) 2018 telah diadakan pada pagi ini, yang mana kursus ini telah dijalankan buat kali ke-tiga di Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sejak tahun 2016.

Majlis dirasmikan oleh Yang Mulia Lt Kol Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Timbalan Komandan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini bermula pada 25 Jun 2018 dan akan berakhir pada 17 Ogos 2018 yang mana kursus ini mengambil masa selama 8 minggu.

Sebanyak 14 Pegawai berpangkat Kapten telah menyertai dari pelbagai unit dalam ABDB.