Penanjong Garison, ISNIN, 07 MEI 2018. Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Asas Kerani Siri 01/2018 bertempat di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison. Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia 828 Mejar Dyg Siti Nur Afiqah binti Haji Awang Morsidi. Turut hadir bersama ialah Jurulatih Kanan Cawangan Latihan Kerani dan Jurulatih-jurulatih. Kursus ini akan bermula pada 04 Mei 2018 hingga 21 Jun 2018.

Seramai 8 anggota yang menghadiri kursus ini. Seorang anggota dari Rejimen Pasukan Khas, 2 anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan 5 anggota dari Unit Simpanan Gurkha. Majlis Pembukaan Rasmi dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang diketuai oleh Sjn Arif Fadillah. Di dalam ucapan majlis Yang Mulia Tetamu Kehormat memberikan sedikit saranan dan nasihat kepada peserta-peserta kursus agar tidak menghasilkan kerja dengan jalan yang pintas (Shortcut) dan cuai, leka serta lalai dalam melaksanakan tugas kerana ianya boleh menjejaskan keperluan, perjalanan pengurusan dan membantutkan perhal kebajikan anggota dan organisasi.

Disamping itu juga, kehadiran para peserta kursus di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ini bukan hanya untuk mendapatkan sijil semata-mata tetapi ilmu dan pengetahuan yang ditimba di Cawangan Latihan Kerani perlulah di Implementasikan sebaik mungkin. Disamping untuk mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Setiap peserta kursus mestilah lulus sekurang-kurangnya 70%, yang mana kateria untuk menghadiri kursus ini hendaklah menghadiri terlebih dahulu Kursus Asas Komputer dan Bahasa English. Setelah tamat kursus ini nanti dinasihatkan agar apapun yang dipelajari di dalam kursus ini bolehlah dijadikan sebagai garis pandu untuk melancarkan setiap kerja dan memperbaiki teknik atau kepakaran peserta dalam mengadilakan kerja perkeranian.