PENANJONG GARISON, Sabtu, 17 Ogos 2020 – Majlis Pembukaan Malam Dikir Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1442 Hijrah peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan anggota rekrut.
Majlis tersebut dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah yang dikepalai oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Majlis diteruskan dengan bacaan Sirah An-Nabawiyah, Dikir Assalamualaika dan Dikir Syarafil Anam. Seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Dikir Marhaban. 
Majlis tersebut telah diadakan mengikut garispandu yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.
Majlis Sambutan Dikir Maulud ini akan diadakan selama 12 malam berturut-turut sehingga 28 Oktober 2020 iaitu kemuncak hari keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam, 12 Rabiulawal mengikut tahun Hijrah.



DIKIR CEREMONIES MARK MAULUD NABI MUHAMMAD SALALLAHU ‘ALAIHI WASALAM 1442H

PENANJONG GARISON, Saturday 17 October 2020 – The opening ceremonies of Dikir in conjunction with Prophet Muhammad’s (PBUH) birthday celebration was held throughout every surau within all military camps. 
Present as the guest of honour for the dikir ceremony at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison was Colonel (U) Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, the Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. Also present were senior officers, officers and other RBLF personnel. 
The opening ceremonies began with the mass Maghrib prayers, followed by the recital of Sirah An-Nabawiyyah, Dikir Syarafil Anam, mass Isyak prayers and ended with Dikir Marhaban.
The ceremony was held according to the guidelines issued by the Ministry of Health and the Ministry of Religious Affairs to control the spread of COVID-19.
The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights until 28 October 2020.