pe2.pngPENANJONG GARISON, Isnin 28 Oktober 2019 - Majlis Pembukaan Malam Dikir Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H / 2019M peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB.
Turut hadir ialah pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Battalion Bantu TDDB, pegawai-pegawai, ahli-ahli tetap serta anggota-anggota kursus.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran surah Al-Ahzab yang dibacakan oleh Lans Koperal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi, anngota Kompeni Pentadbiran, IL ABDB. Majlis pada malam tersebut telah diserikan dengan dikir Syarafil Anam dan disudahi dengan dikir Marhaban.
Majlis Malam-malam Dikir sempena Maulud Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wassalam akan diadakan selama 12 malam berturut-turut dan akan ditutup pada 8 November 2019.

pembukaan dikir 1.png

pe 3.png

pe 4.png

pe 5.png