PENANJONG GARISON, Isnin, 18 Mac 2019 – Majlis Pembukaan Kursus PTB Kanan Kerani Siri 2/2018 telah diadakan di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).   Majlis dirasmikan oleh 828 Mej Dyg Siti Nur’Afiqah bte Hj Awg Morsidi, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. 

Kursus ini dihadiri seramai 21 anggota PTB Kanan terdiri daripada 06 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 12 anggota dari Kementerian Pertahanan dan 03 anggota dari IL ABDB.
Kursus ini dikendalikan selama 07 minggu di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, IL ABDB.    Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi semua anggota yang akan memegang jawatan Ketua Kerani dan Pembantu Staf Luar Negeri serta mendapatkan hasil yang boleh dijadikan sebagi contoh platform perkeranian yang berpengetahuan di dalam ABDB. 
Semasa majlis pembukaan tersebut, Tetamu Kehormat telah menekankan dua perkara yang perlu diambil perhatian iaitu Peringatan dan Nasihat.   Perkara pertama berkenaan peringatan adalah mengenai persiapan peserta kursus untuk memberikan keperluan organisasi perkeranian di dalam ABDB dalam memangkin keperluan perkeranian yang lebih efisen di bawah bimbingan jurulatih kerani mengikut piawaian yang ditetapkan.  
Perkara kedua adalah mengenai nasihat yang mana setiap peserta kursus perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan disiplin.   Perkara ini hendaklah diterapkan didalam setiap peserta kursus bagi lebih maju dan berdaya saing dalam memenuhi kredibiliti anggota dalam menjalankan tugas perkeranian dan bukannya hanya dijadikan sebagai satu batu loncatan untuk mendapatkan kepentingan peribadi. 

a1219.jpg