
Kursus tersebut dijalankan selama 12 minggu oleh Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini bertujuan bagi melayakkan pegawai menjadi seorang Pegawai Mertak yang berwibawa didalam menjalankan latihan dan eksesais menembak peluru hidup samada di dalam dan luar negeri dan secara langsung menjadi penasihat kepada Pegawai Pemerintah atau yang lebih tinggi dalam menjayakan rancangan tembakan di dalam unit masing- masing. Manakala bagi Lain- Lain Peringkat adalah bertujuan untuk menaiktaraf kepakaran mereka kepada peringkat seterusnya bagi melancarkan organisasi Platun Mertak itu sendiri. Seramai 6 Jurulatih bantuan yang terdiri daripada Unit TDDB, termasuk juga 2 Jurulatih bantuan daripada RBTS.

