
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pg Salim, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-jurulatih.
Kursus Memandu Lesen Kelas 5 ini adalah merupakan kursus memandu untuk melayakkan peserta kursus Pemandu Kelas 3 ketaraf kelayakan sebagai Pemandu Kenderaan Berat Kelas 5. Manakala bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 6 adalah untuk melayakkan peserta kursus Pemandu Kelas 5 ketaraf kelayakan sebagai Pemandu Kelas 6. Dalam Kursus ini, peserta kursus akan diajarkan berkenaan Undang-undang Jalan Raya, Dokumen Pejabat kenderaan dan Tatacara Memandu menggunakan Kenderaan Truck 4 Ton dan Large Bus. Antara pelajaran yang akan diajarkan adalah seperti Akta Jalan Raya, Mengenal Bentuk Tanda-tanda Jalan Raya, Peraturan Garisan Putih, Papan Tanda dan Hal Ehwal Lalulintas, Rawatan Pemandu, Mengenal Perkakas Tool, Membuka dan Memasang Tayar, Tatacara Mengisi Minyak, Driving Training Objective (DTO 1-23B), Olah Gerak, Samaran Kenderaan, Memandu Komboi dan Memandu Rentas Desa.
Secara kesimpulan, objektif kursus ini adalah untuk mengiktirafkan seorang Pemandu untuk mendapatkan Lesen Memandu Tentera Kelas 5 dan Lesen Memandu Tentera Kelas 6. Di samping itu juga dapat melaksanakan tugas harian di Pejabat Kenderaan dan permintaan unit-unit dalam melancarkan atau memudahkan pekerjaan di unit masing-masing.



