Penanjong Garison, Isnin, 15 April 2019 – Majlis Pembukaan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 Siri 1/2019 ini diadakan di Cawangan Latihan Memandu (CLM), Sekolah Pertukangan Tentera (SPT), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini dikendalikan selama 6 minggu bermula pada 12 April 2019 hingga 24 Mei 2019 dan diikuti oleh seramai 37 orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis Pembukaan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 Siri 1/2019 ini dirasmikan oleh 13950 PW2 Hairul Affendi bin Awang Suhaimi, Sekolah Sarjan Mejar, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Majlis tersebut berakhir kira-kira pada jam 1530 petang.