PENANJONG GARISON, Selasa, 21 Januari 2020 -  Cawangan Latihan Kerani telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Lanjutan Kerani Siri 2/2019 bertempat di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 725 Mejar Pg Ja’afarudin bin Pg Tejudin, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat. Seramai 25 anggota menghadiri kursus tersebut terdiri daripada TDDB (04), TLDB (1), TUDB (04), IL ABDB (1), AP ABDB (1) dan Kementerian Pertahanan (14). 

Kursus ini dikendalikan selama 6 minggu bermula pada 21 Januari hingga 28 Februari 2020. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan  anggota tentera yang akan memegang jawatan ketua kerani di unit masing-masing serta mendapatkan hasil yang boleh dijadikan sebagai platform perkeranian yang berpengetahuan dalam ABDB.
Tetamu Kehormat dalam ucapannya menekankan bahawa peserta kursus perlu membuat persiapan dalam memenuhi keperluan organisasi perkeranian yang efisien di bawah bimbingan jurulatih mengikut piawaian yang ditetapkan dalam ABDB. Beliau juga menasihati agar peserta kursus mempersiapkan diri dari segi mental dan disiplin untuk lebih maju dan berdaya saing bagi memenuhi kredibiliti anggota menjalankan  tugas perkeranian.
download.png