PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 Februari 2021 – Majlis Pembukaan Kursus Ketua Kompeni Siri 7/2021 telah dilaksanakan di Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai jemputan dari unit-unit yang menghantar pegawai bagi mengikuti kursus tersebut.
Kursus ini akan berjalan selama 9 minggu, bermula dari 15 Februari 2021 sehingga 16 April 2021. Seramai 13 Pegawai terdiri dari unit Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei akan menjalani kursus tersebut.
Kursus ini merupakan salah satu kursus utama bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran bagi Pegawai-pegawai yang mempunyai latar belakang tentera darat. Kursus ini merangkumi perancang dan perlaksanaan operasi peringkat Ketua Kompeni. Kursus ini juga mengandungi ilmu pengetahuan taktik peperangan hutan dan bandar bagi membolehkan Pegawai-pegawai tersebut bersedia untuk menjalankan tugasan serta tanggungjawab sebagai ketua kompeni, disamping itu dapat mempraktikkan kawalan dan perintah serta berkeyakinan dalam melaksanakan misi didalam semua jenis operasi.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh 911 Kapten Md Aji Bin Hj Abd Rahman, salah seorang daripada penuntut kursus dan diikuti dengan bacaan ayat dari Surah An-Nisa. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat dan bacaan doa selamat oleh perserta kursus, 969 Kapten Hamdillah bin Jafri. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan jamuan.





OPENING CEREMONY FOR COMPANY COMMANDER COURSE 7/2021
PENANJONG GARRISON, Friday, 19 February 2021 – Opening Ceremony for Company Commander Course 7/2021 was held at the School of Infantry Training Institute Royal Brunei Armed Forces. Attending the ceremony as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Aldi bin Hj Hassan, the Deputy Commandant of Training Institute of Royal Brunei Armed Forces, and guests from course participant’s units.
The course will be commenced for nine weeks, starting from 15 February 2021 until 16 April 2021. A total of 13 course’s participant consist of officers from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Air Force, Defence Academy Royal Brunei Armed Forces and Malay Army Reserve.
The course aims to develop knowledge and skills for Land Force (infantry) or land-oriented officers in planning and executing operations at Company level. It also provides hands-on tactical knowledge to ensure the officers ready for their next assignment at higher-level responsibilities. Furthermore, the course trains the officers to practices command and control with confidence in executing all operational spectrums.
The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah lead by one of the participant’s, 911 Captain Md Aji Bin Hj Abd Rahman, followed by the recital of verses from Surah An-Nisa verses. The ceremony then proceeded with a speech by the Guest of Honour, recitals of doa by course participant’s 969 Kapten Hamdillah bin Jafri, refreshments and group photo session.
