
Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Atase-Atase Pertahanan Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam, perwakilan daripada pejabat kedutaan-kedutaan besar daripada negara-negara yang dijemput dan Pegawai-Pegawai Kanan ABDB.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Sjn Mohamad Hadhri bin Ismail dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Penutup dan Sesi Bergambar Ramai.
Kursus ini dihadiri oleh Pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah Tentera dan Pegawai Awam daripada negara-negara yang dijemput yang terdiri daripada Republik Indonesia, Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Laos, Thailand dan Republik Sosialis Vietnam.
Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta-peserta kursus dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan yang lazimnya digunapakai oleh negara-negara dalam kominiti ASEAN. Di samping itu juga, ianya adalah sebagai landasan dan instrumen pada mengukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan melalui perkongsian ilmu, budaya dan menubuhkan rangkaian persahabatan dan kerjasama di antara negara-negara yang turut serta.
Di penghujung kursus ini, peserta kursus diharapkan akan mendapat manfaat dengan memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan berkemampuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
THE OPENING CEREMONY OF THE 7th
ENGLISH LANGUAGE COURSE FOR FOREIGN ARMED FORCES 2022
PENANJONG GARRISON, Tuesday, 07 February 2023 – The Opening Ceremony of the 7th English Language Course for Foreign Armed Forces 2022 was officiated by the Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, at the Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre TI RBAF. Also present were Defence Attaché and representatives from respective embassies of the invited countries.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sgt Mohamad Hadhri bin Ismail from The Religious Department of the RBAF (JAMA’AT), followed by the opening remarks by the Guest of Honour. The event concluded with the recitation of Doa and a photo session.
This course attended by both Military Officers and Non-Commissioned Officers as well as Civilian Officers from invited countries of The Kingdom of Cambodia, Republic of Indonesia, The Lao People Democratic Republic, The Kingdom of Thailand and The Socialist Republic of Vietnam.
The aim of the course is to instill skills and knowledge of English profieciency particularly on the four domain of language competency; reading, writing, speaking, and listening.
This course is also a platform and avenue in strengthening diplomatic relations and defence cooperation by fostering intellectual and cultural exchange between the participating nations.
By the completion of the course, the course participants is expected to have aquired a greater understanding and have enhance their English language proficiency and communication skills. This is particularly important as English is seen as a common medium of effective communication used by the community of ASEAN nations.


