PENANJONG GARISON, Isnin, 13hb Januari 2020 – Majlis Pembukaan Kursus Akaun Perkhidmatan Siri 4/2019 telah disempurnakan oleh Mej Pg Ja`afarudin Bin Pg Tejudin, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat (CLTD) Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB). Seramai 33 orang peserta kursus telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri dari 06 orang pegawai dan 27 orang Pegawai Waran.

Kursus ini dikendalikan selama 2 minggu bermula pada 13 hingga 24 Januari 2020. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan nilai tambah pengetahuan di dalam bidang Perakaunan Tentera ABDB. Kursus ini juga adalah salah satu kursus mandatori yang mesti dihadiri oleh pegawai-pegawai dan PTB Kanan bagi memastikan pengurusan perakaunan di unit ABDB dilaksanakan dengan lebih efektif dan produktif. Tetamu Kehormat dalam ucapannya menyeru agar peserta kursus akan menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya.

AKAUN USE ANE.jpg