PENANJONG GARISON, Jumaat, 22 Mac 2019 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF122 bagi bakal-bakal Rekrut Wanita. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Wanita Pengambilan ke 55 ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal Rekrut Wanita.  Sebelum Majlis Menandatangani dijalankan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.  Seterusnya sesi bacaan ikrar secara beramai-ramai dan menandatangani risalah Keselamatan BAF122 bagi Rekrut Wanita Pengambilan ke 55 dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Seramai 60 anggota Rekrut Wanita Pengambilan ke 55 yang terdiri daripada 15 Rekrut TDDB, 11 Rekrut TLDB, 08 Rekrut TUDB, 05 Rekrut IL ABDB dan 21 Rekrut MINDEF akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan  yang dijangka berakhir pada 16 Ogos 2019.

122int55.JPG