PENANJONG GARISON, JUMAAT, 06 JULAI 2018 - Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Tekrut Wanita. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 ialah Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut.Sebelum Majlis Menandatangani dijalankan, sesi bacaan ikrar telah diadakan secara beramai-ramai bagi Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. Latihan Asas Ketenteraan bagi pengambilan kali ini dijangka akan berakhir pada 12 Oktober 2018 akan datang.



